Muhyiddin jangan tunduk tekanan UMNO- Osman Sapian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didesak untuk tidak tunduk dengan sebarang tekanan diasak UMNO yang dilihat seolah-olah cuba ‘mengancam’ kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan mengemukakan syarat baharu kerjasama politik.

Memetik laporan Utusan Malaysia, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, meskipun syarat tuntutan UMNO itu masih samar-samar, namun, Muhyiddin selaku Perdana Menteri harus tegas menyatakan pendirian berhubung tuntutan yang dibuat UMNO.

Osman, yang juga Ketua Bersatu Ayer Hitam, mengatakan Muhyiddin tidak seharusnya memutuskan perkara itu sendiri, beliau sebaliknya menggesa Ahli Parlimen Pagoh untuk berunding dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

“Dalam hal ini, Muhyiddin tidak boleh membuat keputusan sendirian. Beliau mesti membawa perkara itu ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk dikaji semula sebelum menerima syarat tersebut atau sebaliknya.

“Jangan terburu-buru membuat keputusan. Bangkitkan masalah ini melalui rundingan dengan pemimpin Bersatu yang lain, termasuk yang ada di peringkat negeri, ”katanya memetik laporan akhbar berkenaan.

Dalam pada itu, Osman turut mengulas berhubung pertemuan pemimpin UMNO yang dijadual berlangsung esok di mana inti patinya untuk memutuskan sama ada mereka akan terus menyokong PN atau sebaliknya.

Beliau berkata, sekiranya UMNO memilih untuk tidak lagi bersama PN, maka kebijaksanaan Muhyiddin harus ditonjolkan bagi menentukan arah PN dengan mempertimbangkan situasi semasa Covid-19.

 

“Sekiranya beliau fikir untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekarang bukan masa yang tepat kerana jumlah kes Covid-19 semakin meningkat.

“Jadi saya rasa Perdana Menteri akan setuju setelah mempertimbangkan pandangan semua pihak, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Al-Abdullah Al-Mustafa Ri’ayatuddin Billah Shah dan Majlis Raja-Raja,” katanya.

Selain itu, Osman juga menjangkakan bahawa tindakan UMNO hanya untuk menekan Perdana Menteri bagi mempercepatkan PRU15.

Bahkan, katanya tidak mustahil menunjukkan bahawa UMNO kini bercita-cita memegang jawatan penting kerajaan termasuk jawatan Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum.

“Parti itu berharap dapat memenangi PRU15, sementara rakyat sekarang marah kepada mereka kerana gagal mengawal pandemik Covid-19 yang meningkat sejak kebelakangan ini.

“Siapa menteri yang bertugas kawal Covid-19? Semua dari UMNO dan ini menunjukkan kegagalan mereka dalam isu pandemik ini. Jangan bermimpi menang pilihan raya.

“Sama seperti pada PRU14, mereka mendakwa mereka boleh menang, tetapi akhirnya, mereka juga akan gagal,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat