COVID-19: 702 Kes Di Sabah Semalam, Campuran Kes Baru Dikesan Dan Kes Tertangguh

PAS Junjung Kasih Titah Tuanku, Tetap Mendokong Perikatan Nasional

CYBERJAYA: Parti PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang Di Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan...

Mesyuarat MT UMNO tegang tapi akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP

KUALA LUMPUR- Berdepan mesyuarat tegang dan panas, namun Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencapai kata sepakat untuk kekal dengan keputusan terdahulu tanpa menjalin kerjasama dengan...

Dakwaan Sistem Kesihatan Di Sabah Lumpuh Tidak Benar – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes...

Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam, Kata DAP

KUALA LUMPUR – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini menuduh mana-mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Najib Nafi Desak Ahli Parlimen BN Sokong Anwar

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menafikan dirinya mendesak ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Presiden...

KOTA KINABALU – Sebanyak 702 kes COVID-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini adalah campuran kes baru dikesan dan kes tertangguh yang baru diperoleh keputusan ujian, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan pecahan jumlah kes masing-masing kerana ia masih belum ditentukan serta memerlukan proses yang agak rumit.

Katanya pada awal bulan ini sebanyak 18,000 ujian COVID-19 masih belum diperoleh keputusan ujiannya atau tertangguh dan hasil tindakan pantas dilaksanakan semua pihak terutama Kementerian Kesihatan (KKM) jumlah itu dapat dikurangkan kepada 11,000 pada masa ini.

“Tetapi dalam masa dua tiga hari ini kami jangka jumlah kes adalah pada angka yang tinggi kerana kami sudah melaksanakan ujian COVID-19 ini pada kadar lebih cepat dan banyak ujian yang backlog ini kami akan ketahui keputusannya.

“Justeru orang ramai diminta supaya tidak panik dan terus mengamalkan SOP (prosedur operasi standard) untuk kita atasi COVID-19 ini. Situasi di Sabah masih terkawal dan kita masih dapat menampung keperluan untuk menghadapi penyakit ini,” katanya pada sidang media di Wisma Innoprise di sini malam ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan berkata Sabah kekal mencatatkan jumlah kes baharu harian COVID-19 tertinggi di negara ini dengan 702 kes dilaporkan, atau 80.6 peratus daripada keseluruhan 871 kes yang direkodkan di Malaysia.

Masidi berkata jumlah angka tinggi itu juga antara lain disebabkan langkah ujian saringan yang diperluas dan lebih bersasar di 15 daerah zon merah iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar, Kota Kelud, Keningau, Tambunan, Beaufort dan Ranau.

“Orang ramai tidak perlu risau kerana langkah pencegahan penularan jangkitan dilaksana Jabatan Kesihatan Negeri Sabah iaitu 1,577 orang telah dikuarantin di pusat kuarantin negeri ini, manakala 29,470 telah diperintah untuk kuarantin di rumah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dijangka memulakan semula tugasnya pada pertengahan minggu depan selepas disahkan bebas COVID-19 dan dibenar keluar Hospital Queen Elizabeth di sini hari ini.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

PAS Junjung Kasih Titah Tuanku, Tetap Mendokong Perikatan Nasional

CYBERJAYA: Parti PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang Di Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan...

Mesyuarat MT UMNO tegang tapi akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP

KUALA LUMPUR- Berdepan mesyuarat tegang dan panas, namun Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencapai kata sepakat untuk kekal dengan keputusan terdahulu tanpa menjalin kerjasama dengan...

Dakwaan Sistem Kesihatan Di Sabah Lumpuh Tidak Benar – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes...