Kereta dihempap pokok tumbang, dua pemandu terselamat

- Advertisement -

PETALING JAYA – Dua individu berdepan detik cemas apabila dua kenderaan yang dinaiki mereka, dihempap sebatang pokok yang tumbang di Persiaran Perdana Bandar Sri Damansara, di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan angin kuat yang melanda beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Musa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.19 petang.

Seramai lima anggota bersama satu jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi didapati sebatang pokok telah menghempap dua buah kenderaan iaitu Proton Preve dan Mazda.

“Kerja-kerja membersihkan pokok telah dilakukan oleh pihak bomba manakala kejadian melibatkan dua mangsa.

“Mangsa lelaki tempatan masing-masing berusia 20 tahun dan 32 tahun telah dikeluarkan orang awam dengan selamat dan tidak mengalami kecederaan,”ujarnya. -Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat