Anwar ikut acuan Ismail Sabri runding sebelum salur peruntukan pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hanya akan menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang selepas rundingan.

Beliau mengingatkan sekiranya pembangkang terus sombong tapi menuntut peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ia tidak akan diluluskan.

Di Dewan Rakyat pada Selasa, Anwar membidas ahli-ahli Parlimen pembangkang yang didakwa sombong kerana menuntut peruntukan wakil rakyat tapi enggan berunding dengan kerajaan.

Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, beliau telah melantik Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi merundingkan hal peruntukan itu seperti mana yang dilaksanakan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ini tak payah sign dan bincang…kata ini hak kami, ini bukan hak ahli Parlimen.

“Runding setuju kita luluskan, kalau tak sampai bila-bila pun kita tak luluskan.

“Runding, jangan sombong dan angkuh tuntut,” tegas beliau.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,208FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat