Hilman Idham akan didakwa, ARMADA BERSATU Anggap Intimidasi Politik

KUALA LUMPUR, – Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, Hilman Idham, bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah (7) Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 20 Ogos 2025 jam 9 pagi.

Beliau akan dituduh di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) berkaitan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Pertuduhan itu dikaitkan dengan ucapan Hilman ketika Himpunan Solidariti Tolak Akta Hasutan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 29 Julai 2025. Himpunan tersebut diadakan selepas pihak polis menahan empat individu yang terlibat dalam Perhimpunan Turun Anwar, yang sedang disiasat di bawah Akta Hasutan.

Dalam kenyataan medianya, ARMADA BERSATU Malaysia mengecam keras tindakan pendakwaan tersebut, menyifatkannya sebagai intimidasi politik untuk membisukan suara pembangkang. “ARMADA akan terus bersolidariti bersama YB Hilman Idham sepanjang proses undang-undang ini sehingga beliau mendapat keadilan,” kata Ketua Penerangan ARMADA, Harris Idaham Rashid.

Beliau menambah bahawa kes ini akan menjadi permulaan penting dalam usaha memansuhkan Akta Hasutan yang dianggap sudah lapuk dan menekan kebebasan bersuara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat