“Saya akan buat Piala Daddy dan Piala Cap Susu tahun depan” – TMJ perli Selangor FC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah menyindir pasukan Selangor FC selepas skuad Gergasi Merah itu memenangi Piala Sultan Selangor pada Sabtu.

Pemangku Sultan Johor itu berkata, kemenangan tersebut umpama syok sendiri selain menyifatkan piala tersebut tidak diiktiraf di negara ini.

“Di Malaysia trofi yang diiktiraf Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih saingan AFC. Untuk layak ke kejohanan antarabangsa pula iaitu Liga Super dan Piala FA.

“Kalau buat piala syok sendiri dan raikan macam menang piala rasmi, saya akan buat Piala Daddy, dan Piala Cap Susu mulai tahun depan.

“Pasukan lawan kena cari yang lemah lemah. Yang pelik tak ada perasaan malu. Kes kronik syok sendiri, ” tulis Tunku Ismail di Facebooknya.

Pada Sabtu lalu, Pilihan Selangor berjaya mempertahankan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka.

Ia menjadi piala ketiga yang berjaya dimenangi skuad kendali Nidzam Jamil itu selepas Piala Selangor Asia Challenge dan RCTI Premium Sports.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat