PN puji dan hargai usaha kerajaan rawat warga Palestin, siapa kecam tiada jiwa manusiawi – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengkritik puak yang mengecam tindakan Kerajaan Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan berupa bantuan rawatan kepada warga Palestin seramai 127 pesakit kerana disifatkan tidak mempunyai jiwa manusiawi.

Ketua Portfolio Kementerian Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebaliknya, memuji dan menghargai usaha kerajaan dan mengkategorikan tindakan berkenaan sebagai ‘kuasa lunak’ (soft power) Malaysia yakni sentiasa bersama kaum yang tertindas di pentas global bahkan menjadi penyelamat bukan pembuli.

“Alhamdulillah misi bantuan kemanusiaan berupa bantuan rawatan kepada warga Palestin seramai 127 pesakit khususnya dari kalangan wanita dan kanak-kanak oleh kerajaan Persekutuan wajar dipuji dan disokong oleh semua rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan politik.

“Mereka yang mengecam dengan pelbagai alasan dangkal jelas tidak mempunyai jiwa manusiawi dalam memahami pendirian dan dasar luar Malaysia sebegini yang telah lama kita amalkan berpuluh tahun lamanya. Ini adalah satu bentuk “kuasa lunak” (soft power) Malaysia: sentiasa bersama kaum yang tertindas di pentas global; menjadi penyelamat bukan pembuli,” kata Ahli Parlimen Machang dalam kenyataannya pada Isnin.

Menurut Ketua Armada Bersatu itu, ini bukan pertama kali Malaysia menghulurkan bantuan sebegini, ketika pembantaian dan pembunuhan beramai-ramai di Bosnia oleh pelampau Serbia pada tahun 90an, kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika itu juga telah lakukan tindakan yang sama dengan mengeluarkan sejumlah rakyat Bosnia untuk dirawat mereka di negara kita sebelum mereka dihantar pulang semula ke Bosnia setelah perang tamat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Mohamad Hasan termasuklah kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Wisma Putra dalam menjayakan misi ini yang pastinya bukan mudah.

“Langkah ke hadapan kerajaan wajar pertimbangkan bentuk bantuan yang lebih terangkum dan tersusun melibatkan banyak lagi negara yang bersekutu dengan agenda pembebasan Palestin – tidak kira dari kalangan negara Islam atau bukan Islam kerana usaha ini adalah demi kemanusiaan sejagat untuk menyelamatkan nyawa mangsa genosid di Gaza, Palestin.

“Semoga Allah SWT memberkati usaha kita ini dan mengizinkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dibuat kepada rakyat Palestin yang terkesan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat