BlackRock: Kerajaan sanggup dedah rahsia pertahanan kepada Israel? – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membangkitkan persoalan sama ada adakah benar Malaysia memihak kepada Palestin atau ia sekadar suara sahaaja?

Hal ini katanya berkait dengan pengurusan lapangan terbang, menurut Dr Mahathir demi pertahanan negara pengurusan lapangan terbang tidak boleh diserah kepada warganegara asing.

Tegas beliau ini jauh sekali oleh syarikat asing yang membantu tentera Israel yang melakukan genocide terhadap orang Palestin di Gaza.

“Tetapi kerajaan kita sanggup menjual pengurusan lapangan terbang di Malaysia kepada syarikat yang menyokong Israel bahkan membekal alatan untuk genocide oleh Israel.

“Syarikat Blackrock adalah syarikat yang kuat membantu tentera Israel dalam kegiatan genocide terhadap orang Palestin di Gaza.

“Sokongan kepada Blackrock sama dengan sokongan kepada Israel dan jenayah yang dilakukan olehnya. Sokongan ini bermakna sanggup mendedah rahsia pertahanan Malaysia kepada bukan sahaja syarikat tetapi juga Israel,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, setiap negara mempunyai kawasan yang sensitif iaitu tidak terbuka kepada lawatan kerana kegunaan pasukan keselamatan negara.

Justeru katanya, sudah tentu kawasan-kawasan ini tidak terbuka kepada orang asing atau syarikat negara lain.

“Lapangan terbang di Malaysia diguna bukan sahaja oleh penerbangan sivil tetapi juga oleh tentera. Ada yang khusus untuk tentera.

“Kita sudah kesan aktiviti warga Israel di Malaysia membunuh orang Palestin. Dengan rahsia negara terdedah kepada Israel, orang Palestin di Malaysia sudah tidak selamat lagi.

“Apakah benar Malaysia memihak kepada Palestin atau cuma setakat suara sahaja? soal beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat