Anwar Nasihat Muhyiddin Tumpu Kes Mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menumpukan pada kes mahkamahnya dan bukannya mendesak beliau meletak jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Perdana Menteri berkata ketika ini kerajaan pimpinannya masih lagi menguasai dua pertiga kerusi Parlimen.

“Kita kekal kemenangan kita, masih dapat dua pertiga majoriti ahli Parlimen, dia buat perkiraan apa, saya nasihatkan dia tumpu kes mahkamah,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi di sini hari ini.

Sebelum ini Muhyiddin mendesak Anwar dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini.

Muhyiddin mendakwa kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik yang diterajui Anwar dan Ahmad Zahid.

– Bernama

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat