RM222.4 Juta Elaun Khas Dibayar Kepada Petugas Barisan Depan – Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setakat 7 Ogos lalu sebanyak RM222.4 juta Elaun Khas Barisan Hadapan telah disalurkan bagi 694,447 tuntutan yang dibuat.

Tuntutan itu diterima daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak Covid-19, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berkata, petugas kesihatan seperti doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak itu akan menerima elaun khas RM400 yang ditingkatkan kepada RM600.

Bagi anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan PKP akan menerima elaun khas RM200 sebulan.

Elaun itu dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak Covid-19 berakhir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat