Muhyiddin Akan Bubarkan Bersatu

- Advertisement -

 

Oleh: Datuk A Kadir Jasin

1. Kalau dalam Perikatan Nasional yang kononnya diterajui oleh Bersatu pun kedudukan Bersatu umpama melukut tepi gantang, dibuli oleh Umno dan Pas, bayangkan dalam Muafakat Nasional yang diketuai Umno.

2. Kita kena ingat, Umno tidak menjadi parti utama dan parti pemerintah sejak Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955 hingga Mei 2018 dengan bertoleransi terhadap pencabarnya.

3. Umno menjadi parti dominan dan hegemonik dengan tidak bertolak ansur terhadap parti-parti lawan, khususnya parti-parti serpihannya sendiri.

4. Umno menyekat, menelan atau membunuh parti-parti serpihannya bermula dengan Pas pada tahun 1951 dan Parti Negara pada tahun 1954. Umno berjaya menamatkan riwayat Parti Negara tetapi belum berjaya membunuh Pas.

5. Umno akan bunuh Pas seperti ia membunuh Parti Negara. Ia sudah pun menelan Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1996.

6. Umno kalah kepada Pakatan Harapan dalam PRU 2018 kerana majoriti rakyat jelata benci kepada pemerintahan kleptokrasi Mohd Najib Abdul Razak, dan Bersatu yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad bersama dengan Pakatan Harapan.

7. Umno tidak boleh hidup dalam kekalahan. Ia telah terlalu biasa dengan kuasa dan kekayaan. Pemimpin Umno tahu lagi lama mereka dalam rimba politik, semakin kurang sokongan kepada parti mereka. Maka dengan bantuan Pas, mereka mulakan kempen meracuni fikirkan orang Melayu-Islam kononnya PH dikuasai oleh DAP.

8. Di pihak Bersatu pula, setelah kalah dua pilihan raya kecil iaitu DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai, ia ketakutan. Ramai ahli Majlis Pimpinan Tertingginya percaya parti itu akan ditolak oleh orang Melayu kalau terus bersama DAP dalam PH. Itulah mantera Muhyiddin Mohd Yassin dalam mesyuarat tergempar MPT pada 23 Februari lalu.

9. Muhyiddin dan konco-konconya dalam Bersatu dengan disertai geng Azmin Ali dalam PKR keluar PH. Mereka berpakat dengan Umno dan Pas untuk merampas kuasa dan menubuhkan kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional.

10. Sekarang dalam keadaan terdesak, Muhyiddin membawa Bersatu masuk Muafakat Nasional. Dengan itu semakin mudahlah Umno “menghabiskan” (finish off) Bersatu. Bila tidak ada lagi Bersatu, bolehlah Umno menumpukan masa dan tenaga menangani Pas atau setidak-tidaknya pun mengUmnokan parti tersebut.

11. Dalam ungkapan Inggeris, kedudukan Bersatu sekarang adalah seperti “sitting duck” yang menunggu untuk dibedil oleh pemburu. Atau untuk selamatkan diri Muhyiddin akan bubarkan Bersatu dan merangkak balik kepada Umno.

Wallahuaklam. Terima.

Nota: Penulis adalah merupakan bekas penasihat media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat