Isu Di Sabah Boleh Dijernihkan Jika UMNO Bersatu Hati – Ahmad Zahid

Malaysia Terima Bantuan Peralatan Perubatan RM19 Juta Dari Kerajaan Jepun – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik Covid-19. Menteri Kesihatan,...

Pemuda UMNO Merbok Harap Penutupan Jambatan Semeling Di Tarik Balik

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan penutupan Jambatan Semeling oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

18 Kematian Akibat Covid-19, Rekod Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes. Ketua...

Malaysia rasmi sokong haram senjata nuklear

KUALA LUMPUR- Hari ini 22 Januari Malaysia menyokong sepenuhnya penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (#TPNW). Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tiada...

SLIM RIVER – Semua pihak perlu menghormati keputusan parti melantik Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua Jentera Pilihan Raya parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata adalah lebih munasabah mana-mana Pengerusi Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengetuai jentera pilihan raya sesebuah negeri.

“Apa yang berlaku di Sabah sebenarnya masih boleh dijernihkan dan pada pendapat saya jangan beri kekuatan kepada musuh politik kita dan mereka tentu mahu melihat perpecahan dalam kalangan kita.

“Saya yakin perbezaan pendapat ini akan dapat diselesaikan jika kita terus istiqamah dan bersatu hati untuk menentukan matlamat parti bagi memenangi pilihan raya ini,” katanya pada program ramah mesra di Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Felda Besout 3, Slim River, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, setakat ini UMNO masih belum menentukan calon bertanding dan pembahagian kerusi dalam pilihan raya itu.

“Tetapi saya yakin apa yang sudah dibincangkan dengan kepimpinan UMNO Sabah supaya semua faktor yang mewakili sayap dan juga mewakili umur, profesional dan juga muka baru akan diberikan keutamaan.

“Ini supaya (ada) wajah perubahan dan dapat memberi harapan baru kepada semua pengundi di Sabah,” katanya.

Terdahulu media melaporkan beberapa ketua UMNO bahagian Sabah dan sekumpulan pemimpin parti itu membantah pelantikan Bung Moktar sebagai Ketua Jentera Pilihan Raya parti itu pada PRN bulan depan.

Wakil kumpulan itu, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, dilaporkan berkata, pemimpin yang menjadi Ketua Jentera Pilihan Raya mestilah bebas daripada persepsi negatif yang boleh dimanipulasi pihak lawan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah dengan hari penamaan calon pada 12 September manakala hari mengundi awal pada 22 September.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

Pemuda UMNO Merbok Harap Penutupan Jambatan Semeling Di Tarik Balik

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan penutupan Jambatan Semeling oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

18 Kematian Akibat Covid-19, Rekod Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes. Ketua...