MCMC fail tindakan mahkamah terhadap Telegram, saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas

- Advertisement -

CYBERJAYA,– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran Telegram iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas” yang didapati menyebarkan kandungan memudaratkan dan melanggar undang-undang.

Menurut MCMC, kandungan yang diterbitkan oleh kedua-dua saluran tersebut berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat. Tindakan undang-undang ini dibuat di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ini merupakan kali pertama MCMC mengambil tindakan sedemikian terhadap saluran di platform Telegram, yang merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) atau ASP(C). MCMC menjelaskan bahawa langkah ini diambil selepas kegagalan berterusan pihak Telegram menangani kandungan yang telah berulangkali dilaporkan, walaupun rundingan telah diadakan sebelum ini.

Susulan tahap pematuhan yang tidak memuaskan, Mahkamah Tinggi telah meluluskan permohonan injunksi interim daripada MCMC bagi menghentikan penyebaran dan penerbitan semula kandungan tersebut. Langkah ini menurut MCMC adalah penting bagi menegakkan kedaulatan undang-undang serta melindungi kepentingan awam.

Pihak Telegram akan diberikan peluang untuk membela diri selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.

MCMC dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang disebarkan melalui platform masing-masing. Tegas MCMC, tindakan sama akan diambil terhadap mana-mana platform lain jika gagal mengekang kandungan berbahaya demi keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

MCMC menutup kenyataan dengan menegaskan komitmennya untuk memastikan ruang digital di Malaysia kekal selamat, beretika dan mematuhi undang-undang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat