TDM dan PDRM berjaya tumpaskan sindiket penyeludupan lembu

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

TANAH MERAH – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan sindiket menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 di sempadan Malaysia-Thailand pada Jumaat lalu .

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan tangkapan tersebut berlaku di sektor kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Beliau berkata, suspek terbabit ditahan di sini, kira-kira pukul 8.20 malam, berdasarkan maklumat perisikan yang diperolehi.

Menurutnya, pasukan tentera bersama PDRM telah mengesan dan menahan dua suspek yang sedang menjalankan aktiviti penyeludupan lembu di kawasan hutan berdekatan sempadan di sini.

Hasil pemeriksaan lanjut oleh pihak berkuasa tentera dan polis mendapati kedua-dua suspek merupakan warga tempatan.

Demi mengaut keuntungan yang lumayan suspek menyeludup lembu masuk, tanpa dokumen yang sah ke Malaysia untuk dijual semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.

Turut dirampas, dua buah lori treler jenis Volvo 50 tan dan CNHTC 50 tan.

Katanya, kedua-dua suspek dan barang rampasan yang bernilai RM1.345 juta
telah diserahkan ke Balai Polis Lalang Pepuyu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

“TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan, ”menurut kenyataan itu lagi -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat