“Tak terkejut kerusi dikosong, bawa kes ke mahkamah” – ADUN Nenggiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim menyifatkan tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan kerusi yang disandangnya.

Katanya, perkara berkenaan sudah dijangka selepas mengetahui terdapat sidang media oleh Speaker DUN Kelantan hari ini.

“Saya tidak terkejut kerana saya sudah jangka pengumuman seperti hari ini akan berlaku. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut dan akan membawa kes ini ke mahkamah.

“Esok saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam berhubung keputusan yang dibuat oleh Kelantan,” lapor BH di Kelantan pada Rabu.

Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mendakwa, keputusan yang dibuat oleh DUN Kelantan hanya berdasarkan notis pemecatannya sebagai ahli Bersatu.

“Kita mempersoal beberapa perkara berhubung notis berkenaan iaitu surat yang dihantar oleh BERSATU sebelum ini hanya memaklumkan hilang keahlian.

“Notis terbabit juga tidak menyentuh soal kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN,” katanya.

Terdahulu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada sidang media di pejabatnya, mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan BERSATU pada 12 Jun lalu, yang memaklumkan hilang keahlian BERSATU dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

“Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi.

“Maka dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan,” kata Mohd Amar.

Media sebelum ini melaporkan, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN BERSATU sudah digugurkan keahliannya serta-merta.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat