Kelantan umum kekosongan luar jangka DUN Nenggiri susulan ADUN sokong Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berlaku kekosongan luar jangka bermula hari ini.

Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian pada sidang media di Kota Bharu hari ini, berkaitan dengan status ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim.

Ia sekali gus merungkai perkembangan isu kerusi DUN berkenaan selepas Mohd Azizi, ADUN Bersatu yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini mengikrar sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Amar sebelum ini memaklumkan pihaknya masih menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status ADUN Nenggiri itu, lapor BH pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat