Bersatu, PN sedia hadapi PRK DUN Nenggiri – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bersatu bersama-sama parti-parti anggota Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri yang akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan terima kasih kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Ammar Nik Abdullah yang telah mengumumkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Nenggiri.

“Bersatu bersama-sama parti-parti anggota PN bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Nenggiri yang akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh SPR.

“Insya-Allah dengan izin Allah SWT dan dukungan rakyat, kita akan beroleh kemenangan,” kata Muhyiddin dalam kenyataan pada Rabu.

Kata Pengerusi PN itu lagi, kekosongan ini berlaku susulan notis yang dihantar oleh Bersatu kepada Speaker DUN Kelantan berhubung terhentinya keahlian ADUN Nenggiri dari parti Bersatu secara serta-merta kerana telah melanggar Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu.

“Keputusan Speker DUN Kelantan ini adalah selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN yang wakil rakyatnya telah terhenti keahlian partinya secara serta-merta.

“Peruntukan ini adalah selaras dengan undang-undang anti-lompat parti di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kekosongan luar jangka yang diumumkan oleh Speaker DUN Kelantan ini menunjukkan bahawa pindaan perlembagaan Bersatu mengenai anti-lompat parti dan notis terhenti keahlian parti secara serta merta yang dikeluarkan kepada wakil-wakil rakyat yang berkenaan adalah teratur dan mengikut kehendak undang-undang,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat