Segera muktamadkan kerjasama Petros-Petronas demi kemakmuran bersama – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghargai persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan terhadap langkah Sarawak melantik Petroleum Sarawak Berhad (Petros) sebagai agregator gas tunggal di negeri ini.

Beliau berkata, langkah kerajaan Sarawak itu dibuat mengikut Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO), berkuat kuasa pada Mac lalu yang memberikan kuasa kawal selia gas kepada negeri.

“Kerajaan Sarawak mempunyai kuasa eksekutif dan legislatif untuk menggubal undang-undang mengenai elektrik dan pengedaran gas.

“Ini adalah selaras dengan rekomendasi daripada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 yang dilaksanakan menerusi Borneo States (Legislative Power) Order, 1963 yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di Kuching lapor BH pada Isnin.

Wan Junaidi berkata, hak perlembagaan itu harus dihormati untuk membolehkan Petros melaksanakan peranannya sebagai agregator gas tunggal di negeri ini.

“Ia bagi memastikan pembangunan industri gas di Sarawak terus menyumbang kepada ekonomi Sarawak dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerjasama antara Petros dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dapat dimuktamadkan dengan segera.

“Kerjasama itu penting kerana ia akan membawa banyak kebaikan dalam pembangunan rantaian industri minyak dan gas di Sarawak untuk kemakmuran bersama,” katanya.

Persidangan DUN Sarawak berlangsung selama lapan hari bermula hari ini hingga 28 Mei.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat