Rafizi ditegur tak jaja retorik gambarkan PKR sedang menuju kehancuran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seorang calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menegur tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli menggunakan isu keputusannya tidak merasmikan Kongres Pemuda dan Wanita PKR di pentas kempen pemilihan parti.

Pengarah Strategi PKR Selangor Saifuddin Shafi Muhammad berkata, susulan tindakan itu media kini dipenuhi retorik yang menggambarkan seolah-olah parti sedang berpecah-belah dan menuju kehancuran.

“Sedangkan hakikatnya tidak begitu,” katanya dalam kenyataan, sambil menasihatkan Rafizi fokus kepada kempen ‘tawaran’, bukan retorik mengelirukan lapor FMT pada Isnin.

Semalam, Rafizi ketika mengesahkan tidak hadir merasmikan Kongres Pemuda dan Wanita PKR yang secara tradisi dirasmikan timbalan presiden berkata keputusannya atas pertimbangan prinsip dan bukan kerana emosi atau sentimen peribadi.

Menteri ekonomi berkata, keputusan itu juga dibuat susulan pelanggaran adab serta hierarki parti apabila program pelancaran jentera PRN Sabah diumumkan tanpa perbincangan dalam Biro Politik mahupun MPP.

Rafizi dilaporkan menghantar surat kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim memaklumkan keputusannya tidak menerima undangan bagi merasmikan mesyuarat dua sayap parti itu.

Kongres Pemuda dan Wanita PKR akan diadakan pada 22 Mei dengan majlis perasmian dijadualkan pada malam sebelumnya. Pemilihan pucuk pimpinan parti dijadualkan pada 23 Mei, disusuli pembukaan Kongres Nasional PKR pada 24 Mei.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata perbezaan pendapat dalam kalangan ahli adalah perkara biasa namun mengheret seluruh parti ke arah kejatuhan adalah ‘sesuatu yang luar biasa dan tidak berasas’.

“Saya yakin surat itu kemudian dikongsikan di beberapa medium tertentu sebagai makluman mengenai ketidakhadiran beliau, dan daripada situlah ia mula menjadi perbincangan umum.

“Justeru, saya merasakan adalah tidak adil untuk isu ini dijadikan modal kempen dalam pemilihan parti,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat