LIMA’25, ‘adik’ Tarantula bakal dilancar esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Syarikat automotif industri pertahanan negara, Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF) bakal memperkenalkan kenderaan berperisai baharu bersempena dengan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA 2025).

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, berkata kenderaan berperisai itu merupakan kesinambungan kepada kejayaan ‘Tarantula’ yang di bangunkan oleh MILDEF sebelum ini menggunakan kepakaran anak tempatan sepenuhnya.

Bercakap kepada Suara TV, beliau berkata, nama rasmi bagi kenderaan berperisai terbaharu itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari pertama LIMA esok.

Sebanyak 860 pempamer tempatan dan antarabangsa menyertai LIMA’25 edisi ke-17 Yang akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025.

Acara ini dijangka menjadi salah satu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di rantau ini, menarik pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pelawat perdagangan dan awam.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat