KUALA LUMPUR, 19 Mei 2025 – Belum pun dilancarkan secara rasmi, Siri HONOR 400 telah mula mencuri perhatian komuniti jurufoto tempatan. Beberapa penguji awal daripada kalangan jurufoto profesional Malaysia meluahkan rasa kagum mereka terhadap prestasi kamera siri ini, terutamanya model HONOR 400 Pro yang dilengkapi ciri AI Super Zoom dan teknologi suntingan berasaskan AI generasi baharu.
Antara yang tampil memberikan ulasan positif ialah jurufoto terkenal, Nazer Noor, yang berkongsi pengalamannya menggunakan HONOR 400 Pro dalam tempoh ujian awal. Menurutnya, kemampuan zum peranti ini — yang mencecah sehingga 50x — berjaya mengekalkan kejelasan imej walaupun dari jarak jauh, menjadikannya alat yang sangat berguna untuk fotografi landskap dan subjek jarak jauh.
“Saya amat teruja dengan hasil gambar dari HONOR 400 Pro. Untuk telefon kelas pertengahan, prestasi AI Super Zoom ini memang luar biasa. Ia memberikan fleksibiliti untuk menangkap subjek yang jauh tanpa kehilangan butiran penting,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Pujian terhadap HONOR 400 Pro bukan sahaja terhad kepada keupayaan zum, malah turut merangkumi sistem kameranya secara keseluruhan. Dilengkapi Kamera Utama Super Sensing 200MP, Telefoto AI 50MP dengan sensor Sony IMX856, serta Kamera Ultra-Lebar dan Makro 12MP, peranti ini berjaya memberikan jurufoto kebebasan dalam menghasilkan karya kreatif tanpa batas.
Nazer juga menekankan bagaimana gabungan OIS + EIS membolehkan gambar kekal stabil walaupun dalam keadaan cahaya rendah — satu aspek penting dalam fotografi profesional.
“Mutu gambar waktu malam juga amat meyakinkan. Ia setanding dengan kamera flagship yang jauh lebih mahal. Siri Number HONOR memang terkenal dengan mod potret, dan siri 400 ini menaikkan standard itu ke tahap baharu,” ujarnya.
Selain keupayaan penggambaran, Siri HONOR 400 turut menerima pujian kerana ciri penyuntingan AI terbina yang menjimatkan masa dan memudahkan proses kreatif. Fungsi seperti AI Eraser 2.0, AI Outpainting, dan Moving Photo Collage membolehkan jurufoto menyempurnakan hasil tangkapan mereka secara terus dalam peranti tanpa perlu bergantung kepada aplikasi luaran.
Yang paling menarik perhatian ialah ciri AI Image to Video, yang menggunakan teknologi Google Cloud AI untuk menjana video daripada imej pegun – sesuatu yang membuka potensi baharu kepada jurufoto untuk menceritakan kisah visual dengan cara lebih interaktif.
HONOR turut mengesahkan bahawa Siri 400 akan ditawarkan dalam tiga varian, termasuk HONOR 400 Pro dengan RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dan storan 512GB. Versi standard pula tersedia dalam dua konfigurasi ROM 256GB dan 512GB.
Langkah ini jelas menunjukkan HONOR mahu memastikan lebih ramai pengguna – termasuk jurufoto muda atau amatur – dapat menikmati teknologi kamera terkini tanpa perlu berbelanja besar.
HONOR Malaysia akan melancarkan siri ini secara rasmi pada 22 Mei 2025, jam 3 petang menerusi siaran langsung di Facebook rasmi mereka. Pengguna boleh menjangkakan pengumuman spesifikasi penuh, harga rasmi dan tawaran hadiah eksklusif semasa acara tersebut.
📸 Lihat gambar eksklusif yang dirakam dengan HONOR 400 Pro oleh jurufoto Nazer Noor:
🔗 facebook.com/nazer.phonegraphy
🌐 Maklumat lanjut tentang Siri HONOR 400 di Malaysia:
www.honor.com/my