Biar Azam Baki habiskan kes yang telah disiasat – Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu diberi peluang menghabiskan semua kes yang masih dalam siasatan sejak mula mengetuai badan tersebut, kata bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Nazri, jika individu lain dilantik mengetuai SPRM ketika banyak kes berprofil tinggi sedang berjalan, ia sedikit sebanyak akan menjejaskan siasatan.

Katanya, Azam yang dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat neutral dalam mengendalikan kes ini kerana bukan lantikan Perdana Menteri sedia ada, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau lantik orang baru, akan ada suara-suara sumbang mengatakan ini semua kerana Anwar nak kenakan orang itu atau orang ini.

“Jadi biarlah kontrak Azam Baki disambung supqya semua kes yang telah disiasat dapat diselesaikan seperti mana janji beliau ketika menerima tugas ini dari Muhyiddin dulu.

“Kalau ada yang kata sebelun ini dah sambung, sekarang sambung lagi, betul lah sebab masih banyak kes yang belum selesai, macam kes menantu Muhyiddin yang kata tak bersalah tapi lari ke luar negara tak balik-balik,” katanya.

Baru-baru ini Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan semula Azam bagi tempoh setahun, berkuat kuasa 13 mei 2025 hingga 12 Mei 2026.

Pelantikan semula Azam itu mendapat kritikan banyak pihak antaranya dari dua calon yang sedang berebut kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli.

Mengulas perkara tersebut, Mohamed Nazri menjelaskan rasa tidak puashati dari pihak lain adalah lumrah.

“Ada yang tak puashati atau tidak setuju itu perkara biasalah.

“Kalau macam Rafizi itu semua yang orang lain buat tidak betul bagi dia.

“Yang betul dan benar hanya dia, orang lain salah,” katanya lagi.

Untuk rekod, SPRM merupakan badan yang diletakkan di bawah Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Mohamed Nazri menjawat jawatan tersebut selama sembilan tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat