20 minit bebas pemandu lori batu ditahan semula kes curi lembu pula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Baru dibebaskan 20 minit dengan jaminan mahkamah, pemandu lori muatan batu didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu ditahan semula atas kes curi lembu.

Sinar Harian melaporkan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bagan Datuk menahan lelaki 45 tahun itu di pejabat kaunter bayaran wang jaminan kira-kira 12.20 tengah hari tadi bagi membantu siasatan kes di Hutan Melintang, Bagan Datuk, April lalu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan mahkamah dari lokap IPD Hilir Perak selepas membayar wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Majikan dikenali Ravi, 58, dan jiran sekampung yang hanya dikenali Roslan, 62, masing-masing membayar ikat jamin berjumlah RM4,000 serta RM2,000.

Jumaat lalu, Rudi Zulkarnain Mat Radi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas sembilan pertuduhan memandu dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU pada 13 Mei lalu.

Hakim Nur Hamizah Shaffiuddin menetapkan jaminan RM6,000 bagi semua pertuduhan, selain syarat tambahan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai di mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap minggu.

Sebutan semula kes dan lantikan peguam ditetapkan 17 Jun ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat