Ramanan Audit MITRA Elak Penyelewengan Dana Berulang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan melakukan audit bagi mengesan kelemahan yang ada sehingga berlaku penyelewengan dana di bawahnya yang diperuntukkan untuk membantu masyarakat India.

Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA, Datuk R Ramanan, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Audit Negara (JAN) untuk tujuan berkenaan tanpa ada penetapan tempoh siasatan yang sebaliknya bergantung kepada pihak audit.

“Namun, kita akan cuba untuk percepatkan audit ini. Selepas menerima laporan lengkap nanti, ia akan diteliti terlebih dulu di peringkat pasukan petugas khas dan seterusnya mengambil tindakan susulan.

“Ini inisiatif yang dipersetujui pasukan petugas khas yang baru dilantik bagi membersihkan nama MITRA supaya perkara sama tidak berulang pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama Pasukan Petugas Khas MITRA, di Putrajaya pada Rabu, lapor BH.

Isu dana MITRA mendapat perhatian susulan penahanan beberapa pengarah syarikat yang disyaki terbabit dengan penyelewengan geran peruntukan untuk membantu masyarakat India di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Belanjawan 2023 sebelum ini mengumumkan peruntukan RM100 juta kepada unit khusus di bawah JPM itu.

Ramanan berkata, individu yang terlibat dalam penyelewangan dana MITRA tidak boleh dimaafkan, sebaliknya perlu dikenakan tindakan tegas serta diheret ke muda pengadilan.

“Banyak pihak menyalahkan kakitangan MITRA dalam isu ini, namun itu tidak benar,” katanya.

Bagi meningkatkan ketelusan dalam pengurusan dana, beliau berkata, antara langkah yang dilaksanakan ialah semua dana yang diagihkan selepas ini serta maklumat penerima akan dipamerkan di laman sesawang rasmi MITRA.

“Menerusi cara ini, semua pihak boleh mengetahui individu yang menerima dana. Permohonan juga akan dinilai secara lebih teliti dan terbuka,” katanya lagi.

Terdahulu pada 13 Mac lalu, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan dan mengheret semua ahli politik yang menyeleweng dana MITRA.

Kata bekas Menteri Sumber Manusia itu, sebelum ini beberapa individu sudah dihadapkan ke mahkamah berhubung isu terbabit, namun masih ada yang belum dikenakan sebarang tindakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat