Pemuda UMNO Pahang desak kerajaan tubuh RCI atau penghakiman semula kes Najib

- Advertisement -

KUANTAN: Pemuda UMNO Negeri Pahang mendesak kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau penghakiman semula terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Saudara Mohd Kamil Ibrahim, keadilan perlu ditegakkan dahulu sebelum pengampunan dibuat.

Katanya lagi, Pemuda UMNO Negeri Pahang sependapat dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang sebulat suara bersetuju untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh terhadap Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO Negeri Pahang menyokong penuh dan sentiasa berada di belakang kepimpinan YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang juga Menteri Besar Pahang serta Kerajaan Negeri Pahang agar terus maju ke hadapan.

”Pemuda UMNO Negeri Pahang menyokong penuh dan sentiasa berada di belakang kepimpinan YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang juga Menteri Besar Pahang serta Kerajaan Negeri Pahang agar terus maju ke hadapan.

“Pemuda UMNO Negeri Pahang sependapat dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang sebulat suara bersetuju untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh terhadap Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Sebelum itu, Pemuda UMNO Negeri Pahang juga mendesak pihak kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) atau penghakiman semula terhadap bekas Perdana Menteri ke-6 kerana berpendirian keadilan mesti ditegakkan terlebih dahulu sebelum pengampunan dibuat.” Katanya menerusi kenyataan media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri Pahang Bil 1/2023.

Pada mesyuarat tersebut jelas beliau lagi, beberapa perkara penting telah diputuskan antaranya lantikan kepegawaian Pemuda UMNO Negeri iaitu Sdr. Mohd Azly bin Norzan sebagai Setiausaha Pemuda, Sdr. Mohd Radzi bin Rahimi sebagai Bendahari Pemuda dan Sdr. Muhammad Mustaqim bin Zakaria sebagai Ketua Penerangan Pemuda.

Antara lain yang diumumkan juga kata beliau lagi adalah berkenaan hala tuju atau dasar yang akan menjadi asas kepada Ketua Pemuda Negeri untuk memimpin organisasi ini bagi menghadapi PRU 16.

Enam dasar yang menjadi panduan dan perkara paling penting bagi Pemuda UMNO Negeri Pahang adalah :-

a) Agama, bangsa dan negara
b) Penambahan keahlian pemuda
c) Penambahan bilangan cawangan pemuda
d) Mengaktifkan Putera dan “engagement” anak muda
e) Ekonomi dan koperasi
f) Media baru dan pengundi luar

Selain itu, kata Mohd Kamil, Pemuda UMNO Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah dan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa. Tindakan tentera Israel itu jelas menyalahi undang-undang dan mencabuli hak asasi manusia serta kesucian masjid tersebut.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat