Video: Topeng Muka Tembus Air, Netizen Dakwa Aliff Syukri Penipu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri didakwa cuba menipu para pengguna dengan menjual topeng muka yang tidak menepati piawai yang ditetapkan.

Semalam, Aliff mengadakan sidang video di laman Instagram bagi mempromosikan produk topeng muka ciptaannya.

“Haaa, nampak… tak ada tembus, sebab kita pakai dua lapisan” katanya sambil meniup api yang dinyalakan.

Bagaimanapun ketika cuba menjirus air ke atas topeng tersebut, ternyata produk ciptaannya tidak selasak seperti yang didakwa.

“Kata tak tembus, tapi kenapa tu nampak air meleleh,” soal netizen yang sedang menonton sidang video tersebut.

Menyedari akan kesilapan tersebut, Aliif dilihat segera meletakkan topeng muka itu ke tepi sambil mengambil mangga untuk mengalihkan perhatian.

Mungkin kerana berpuas hati dengan demo tersebut, Aliff kemudiannya mencuba mencurahkan air ke atas produk topeng muka keluaran syarikat lain.

Namun ternyata topeng muka itu mampu tahan dan kalis air berbanding produk ciptaanya.

Disebabkan itu, Aliff kembali menerima kecaman dari para penonton yang menyifatkannya sebagai cuba mengambil kesempatan dengan menjual produk mahal yang tidak berkualiti.

“Kalau ye pun nak meniaga janganlah menipu pengguna. Nampak sangat produk tu murah dan tak berkualiti, tapi jual dengan harga yang mahal,” ujar Syed Ezam Wan Ali.

“Silap sendiri, cuba nak cover lepas tu salahkan org lain. Aduhai, malunya,” tegas Md Azizi pula.

Sidang video tersebut kemudiannya di dapati ‘hilang’ dari laman Instagramnya, tidak lama kemudian. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat