Buka Kembali Perniagaan, Apa Nasihat Najib?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Melihat cabaran hebat yang sedang dihadapi negara jiran (dipercayai merujuk kepada penyebaran Covid-19 dikalangan pekerja asing), Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran Facebook nya sebentar tadi memberikan beberapa nasihat berguna kepada semua majikan di negara ini.

Antara lain, Najib mahu majikan yang terlibat mengutamakan kesihatan pekerja masing-masing dari keuntungan.

Kata Najib, “Jangan halang mana-mana pekerja (tak kira ada permit atau tidak ada permit) mendapatkan rawatan dan jangan main sorok-sorok.

“Jangan mementingkan duit dan melihat kepada keuntungan sahaja”.

“It’s not worth it”, kata Najib.

Beliau juga faham akan kebimbangan majikan seperti takut tindakan diambil jika di dapati mengambil pekerja asing atau perniagaan terpaksa dihenti sementara untuk proses nyahkuman serta pekerja terpaksa dikuarantin.

Tapi kata Najib, hukuman ke atas peniaga terlibat adalah jauh lebih berat (jika menyorok kes Covid-19 di kalangan pekerja) berbanding denda kerana mengambil pekerja tanpa izin.

Ini belum termasuk publisiti negatif yang berkali ganda lebih besar impaknya berbanding kerugian jika perniagaan dihentikan serta merta, tambah Najib lagi.

Maka itu, (majikan) berhubung lah dengan pihak berkuasa serta merta jika mengesan atau diberitahu ada pekerja menunjukkan gejala penyakit Covid-19.

“Ini perkara yang melibatkan nyawa pekerja kamu, nyawa rakyat dan kepentingan seluruh negara kita”, kata Najib di akhir hantarannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat