KUALA LUMPUR – Kalau 3 tahun dahulu syor Datuk Seri Najib Razak diterima mungkin aset, telaga minyak Sapura di luar negara dan saham dalam Sapura-OMV tidak terjual.
Itu membantu Sapura bangkit semula, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi.
“Apa pun suntikan dana pinjaman RM 1.1 Bilion kepada Sapura Energy perlu diteruskan.
“Sepatutnya mereka yang mengelirukan fakta ekonomi boleh dianggap penjenayah ekonomi dan didakwa. Malangnya Malaysia tidak ada akta khusus mengenainya,” ujar Puad.
Mengulas lanjut Speaker Dun Johor itu berkata, pembangkang memang tidak akan bersetuju kerajaan menyuntik dana pinjaman RM1.1 Bilion kepada Sapura Energy Bhd.
“Hatta kalau PH masih pembangkang mereka juga akan membantah. Ini terbukti 3 tahun lalu semasa debat Najib-Anwar. PMX tidak setuju syor Najib untuk bantu Sapura Energy. Dia mengesyorkan audit forensik.
“Pas dan Bersatu yang ketika itu juga tidak bersetuju kerana membisu kini menggunakan debat Najib-Anwar itu untuk mengecam tindakan U-turn PMX,” katanya.