Membeli sambil berhibur

- Advertisement -

PENYANYI popular dunia, Katy Perry dan kumpulan remaja nombor satu Korea Selatan, NCT Dream bakal tampil sebagai bintang utama dalam konsert virtual, Lazada Super Party pada 26 Mac ini.

Konsert yang akan disiarkan secara langsung ke enam negara sempena sambutan ulang tahun kesembilan platform e-Dagang terkemuka Asia Tenggara itu juga bakal diwarnai penyanyi popular tanah air seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan ramai lagi.

Selain persembahan penyanyi popular, konsert yang padat dengan aktiviti membeli-belah sambil berhibur itu berlangsung sambil penonton menanti detik bermulanya acara Lazada Surprise Birthday Sale atau Jualan Mengejut Ulang Tahun Lazada pada tengah malam 27 Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, Chun Li berkata, konsert bertemakan Everyday Heroes itu turut diadakan bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus di sepanjang tempoh pandemik Covid-19 serta mengetengahkan pengorbanan individu dalam masyarakat kita yang banyak menyentuh kehidupan orang ramai.

“Selain meraikan ulang tahun kesembilan Lazada, kami juga ingin mengiktiraf impak positif yang dilakukan setiap individu dalam komuniti kita. Kami amat berbesar hati kerana dapat terus menetapkan penanda aras bagi industri e-Dagang dengan memacu usahawan serta jenama ke hadapan. Ini termasuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang serba mudah dan selamat,” katanya yang turut gembira di atas kesudian Perry dan NCT menyertai konsert ini.

HAQIEM Rusli dan Ismail Izzani antara penyanyi tempatan yang memeriahkan konsert berkenaan.
HAQIEM Rusli dan Ismail Izzani antara penyanyi tempatan yang memeriahkan konsert berkenaan.

Sementara itu, Perry dalam satu kenyataan turut berkongsi kata-kata semangat dan harapan buat peminatnya di Asia Tenggara.

Penyanyi Amerika Syarikat yang popular dengan lagu Roar, Dark Horse dan baru tampil dengan album terbaru, Smile tahun lalu itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat di sini yang menyokong kerjayanya selama ini.

“Terima kasih kerana menyokong dan menyayangi saya selama ini. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan anda di konsert Lazada Super Party.

“Saya mahu menyebarkan sedikit sinar bahagia, rasa cinta dan kegembiraan supaya semua orang dapat menyanyi bersama-sama dengan saya walaupun kita terpisah secara fizikal. Saya berharap semoga Lazada dapat membantu semua pelanggan mereka yang memerlukan dan diharapkan semua orang sentiasa bersikap positif dalam mengharungi kehidupan,” katanya.

Pengguna di Malaysia boleh mengikuti konsert ini melalui saluran penstriman secara langsung di dalam aplikasi LazLive milik Lazada, TV3, Astro Ria dan platform media sosial mulai jam 9 malam.

 

NCT Dream
NCT Dream

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat