Dua ahli MKT suka bocor rahsia bakal dipecat Presiden UMNO tapi tak bijak umum sebelum siasat – Annuar kritik Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa memberitahu ramai terkejut apabila Presiden UMNO mengumumkan dua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan dipecat keahlian kerana di katakan membocorkan rahsia mesyuarat majlis itu.

Namun kata Annuar mengumumkan keputusan untuk memecat keahlian MKT,sebelum proses tertentu dilaksanakan,adalah amat tidak bijak dan tidak kena.

Malah menurut beliau ia boleh memburukkan lagi nama parti.

Katanya, spekulasi ini mula berlegar, namun persoalannya siapakah ahli MKT itu?

“Khabarnya seorang lelaki dan seorang wanita.Saya tak dapat meneka siapa, lebih-lebih lebih lagi saya tidak lagi menghadiri MKT sejak dipecat oleh Presiden UMNO daripada jawatan Setiausaha Agong BN.

“Menurut peraturan, kes disiplin perlu melalui proses pendengaran di hadapan Lembaga Disiplin,” ujar Annuar.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu menjelaskan, bagi ahli MKT berkenaan ia boleh diadili oleh sidang MKT sendiri.

“Terdapat individu dalam MKT yang diketahui umum sering menulis dan bercakap tentang keputusan MKT.Tetapi saya yakin mereka itu tidak akan di pecat kerana sebab musabab yang semua orang tahu.

“Saya hanya mampu berdoa agar kepimpinan kekal tenang dan aman.Kebimbangan saya ialah bila melihat parti semakin retak,semakin tak terarah dan sedang menuju ke nowhere.

“Kita dilihat penuh bermasaalah,bertelagah dengan semua orang dan akhirnya berselisih sesama sendiri.Musuh sebenar politik tidak pula diserang.

“Semakin hari semakin parah.Kesalahan besar dan perlanggaran disiplin yang serius,dibiarkan dan kes kecil pula yang dibesar-besarkan.Semoga tiada penganiayaan berlaku,” ujar Ahli Parlimen Ketereh itu.

Sebelum ini dilaporkan dua ahli MKT UMNO yang dikatakan dalang sering membocorkan rahsia mesyuarat MT, sudah dikenal pasti.

Hal itu dimaklumkan sendiri oleh Zahid dalam ucapan di hadapan para ketua bahagian dan sayap Pemuda dan Puteri di Melaka.

“Ahmad Zahid maklumkan dua MT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan.

“UMNO tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti.

“Presiden UMNO akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada parti,” kata sumber itu.

Ujarnya, Zahid kecewa dengan sikap dua MT berkenaan kerana menyalurkan maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat diadakan.

Mesyuarat MKT UMNO yang terbaru adalah di Janda Baik pada bulan lalu, antaranya, dikatakan bagi membincangkan hala tuju hubungan dengan Bersatu. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat