Dewan Rakyat Lulus Hutang FELCRA Ditukar Status Kepada Ekuiti Kerajaan – Mat Roni

- Advertisement -

CYBBERJAYA – Jumlah baki bebanan hutang Felcra Berhad (FELCRA) yang erjumlah RM312.22 juta sudah ditukar statusnya daripada pinjaman kerajaan kepada ekuiti kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Mat Roni Zakaria, menjelaskan langkah itu dibuat berikutan keprihatinan kerajaan dalam isu bebanan hutang pembangunan tanah yang dihadapi FELCRA.

“Penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam FELCRA Berhad, termasuk jumlah RM312.22 juta yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Khamis, 4 Ogos 2022.

“Kelulusan ini memberi ruang kepada FELCRA untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya bagi jangkamasa panjang, sekali gus dapat melunaskan tanggungjawab sosial kepada peserta dengan lebih besar dan berkesan,” katanya, menerusi satu kenyataan, semalam.

Menurut beliau lagi, walaupun FELCRA berhadapan dengan laporan kewangan kurang memberangsangkan dalam aspek tunggakan hutang dan keupayaan membayar dividen kepada kerajaan, FELCRA tetap memberi keutamaan kepada pengurusan kewangan akaun peserta.

Beliau berkata, ia dibuktikan melalui peningkatan agihan dividen daripada RM163 juta pada 2020 kepada RM478 juta pada 2021 dan RM517 juta pada tahun lalu.

“Sebagai sebuah entiti korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan (Diperbadankan), FELCRA mempunyai tanggungjawab yang besar.

“Tanggungjawab itu adalah untuk memastikan dua teras utama pengoperasian syarikat perlu dilunaskan iaitu operasi perniagaan komersial dan mandat sosial syarikat untuk rakyat, khususnya kepada peserta FELCRA,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat