Bukan Semua Individu Dipanggil SPRM Itu Pesalah – Azam Baki

- Advertisement -

SHAH ALAM – Suatu yang tidak wajar untuk membuat kesimpulan apabila individu yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilabelkan sebagai pesalah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ketika siasatan sedang dijalankan, tidak boleh sama sekali menyimpulkan bahawa individu dipanggil badan penyiasat itu dilabelkan sebagai pesalah atau suspek kes rasuah.

Beliau berkata, mereka atau individu yang dipanggil SPRM untuk tampil memberi keterangan adalah bertujuan membantu siasatan.

“Tidak boleh untuk kita membuat kesimpulan sendiri, sama ada mereka yang dipanggil sebagai saksi ataupun suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Azam mengesahkan SPRM akan memanggil bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi memberi keterangan.

Azam berkata, keterangan Tengku Zafrul akan diambil pada masa terdekat untuk membantu siasatan berhubung dengan projek Jana Wibawa.

Sementara itu, Azam juga mengesahkan bahawa keterangan sudah diambil daripada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas beliau, menerusi Seksyen 30(1)(a), Akta SPRM 2009, seseorang pegawai suruhanjaya yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah akta ini boleh memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa.

Katanya, pemeriksaan itu boleh dilakukan secara lisan iaitu berhubungan dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat pada pendapatnya membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.

“Mereka harus menunggu sehingga siasatan selesai sebelum memberi komen tentang siasatan oleh penguat kuasa,” kata beliau. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat