SRC: Pendengaran tangguh ke Februari, Najib balik semula ke Penjara Kajang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi pegawai penjara untuk pulang ke Penjara Kajang, berikutan penangguhan pendengaran semakan kes SRC petang ini kepada 20 Februari depan.

Terdahulu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli membenarkan permohonan peguam bela utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan prosiding petang ini kepada 20 hingga 22 Februari depan.

Shafee memohon penangguhan itu kerana beliau memerlukan 45 minit lagi untuk menggulung hujahan lisannya.

Beliau sebelum ini mendakwa panel mahkamah tertinggi yang diterajui oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat tahun lalu telah terkhilaf dalam menafikan permohonan pasukan peguam Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan rayuan SRC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat