Anwar perkenal Malaysia Madani, mantera didukung bersama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia Madani akan menjadi satu gagasan baharu yang memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

Di atas semangat itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejituan hasrat dan kesungguhan azam, maka beliau membawa gagasan baharu Malaysia Madani ini sebagai mantera yang akan didukung bersama.

“Kita telah menelusuri perjalanan yang cukup jauh dan getir dalam usaha membina negara bangsa. Sejak tanah air kita menuntut Merdeka dari cengkaman penjajah, di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, kita mudik kehadapan membangun anak watan melalui pelbagai dasar dan polisi yang diperkenalkan.

“Demokrasi berparlimen dan pertanggungjawaban demokrasi (democratic accountability) di negara Malaysia berkembang
pesat dan kukuh – is alive and well.

“Hari ini, dengan mandat yang jelas, keabsahan yang teguh, didukung oleh majoriti yang cukup besar ahli-ahli Dewan Rakyat yang mengangkat Kerajaan Perpaduan, Alhamdulillah, kita akan membawakan sebuah hala tuju baharu yang akan memandu seluruh jentera Kerajaan serta rakyat Malaysia,” katanya sempena Amanat Perdana Menteri Membangun Malaysia Madani di Putrajaya pada Khamis.

Untuk rekod, M.A.D.A.N.I. merujuk kepada Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan.

Perdana Menteri turut memperincikan beberapa pembaharuan antaranya membabitkan perpaduan kaum.

Menurut Anwar, pimpinan ini akan berusaha mempelihara rakyat daripada kancah perkauman, serta meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belahkan masyarakat.

Sementara itu, Anwar juga mengunjurkan reformasi pendidikan menuntut pemansuhan dasar yang membebankan guru dan pelajar, serta penerapan pemikiran kritis dan kreatif.

Justeru katanya, walaupun economic utility, technology dan technical and vocational skills adalah penting untuk menghasilkan tenaga kerja yang berfungsi dan produktif, kita tidak boleh lupa bahawa rasional utama untuk pendidikan awam ialah pembangunan sahsiah – character development.

“Melangkah ke hadapan, pemodenan sistem universiti harus digerakkan, termasuklah mewujudkan ijazah berkaitan industri dengan fokus kepada teknologi baharu, mewujudkan kajian bidang-bidang baharu, termasuklah pendekatan baharu terhadap ekonomi manusiawi, ihsan, ada pertimbangan yang mampan, memberi tumpuan kepada kerjasama dan bukannya persaingan yang tidak terkawal.

“Ini diperlukan bagi mengharungi masa-masa sukar dan tidak menentu yang akan datang – ternyata pendidikan tinggi berperanan mempersiap pelajar untuk masa hadapan,” ujarnya.

Selain itu, menyentuh aspek alam sekitar Anwar menyebut sudah kerap kali dinyatakan bahawa Malaysia mensasarkan
tahun 2050 untuk mencapai net-zero green house gas emissions.

“Justeru, apa yang diperlukan ialah tindakan susulan terhadap rancangan pelaksanaan secara holistik dan bukan
pendekatan ‘silo’. Coordination is essential or else the engine will malfunction.

“Perpindahan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga asli seperti suria, angin, hidroelektrik, dan
sumber tenaga alternatif lain akan mula digerakkan. Usaha memupuk ekonomi hijau memerlukan komitmen penuh oleh sektor awam dan swasta,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, suatu undang-undang yang tegas terkait perlindungan flora dan fauna, alam sekitar dan masa hadapan Malaysia akan digubal.

Juga kata Anwar lagi, cukai kemampanan yang terkait dengan aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, keadilan sosial, dan isu-isu khusus di peringkat tempatan dan antarabangsa wajar diperkenal untuk memastikan tekad kerajaan dalam melaksanakan agenda kemampanan negara dapat diteruskan.

“Setiap sektor pembuatan harus mendakap prinsip daya cipta dan melakukan perubahan radikal untuk mempersiap negara
bagi menghadapi kerancakan industri 4.0, teknologi pertanian serta gelombang perubahan yang lain. Pasaran kerja akan
berubah dengan peningkatan penggunaan Artificial Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, analitik yang
canggih, kecerdasan buatan dan pelbagai lagi perkembangan teknologi digital di luar kotak fikiran.

“Mengenai AI, kita perlu bersedia berhadapan tsunami teknologi yang akan melanda dunia digital dengan kedatangan ChatGPT. Maka, persediaan yang secukupnya bagi menghadapi perubahan harus disegerakan,” kata beliau lagi.

Dari segi kemajuan desa, Anwar berkata, kerajaan akan menubuhkan pusat luar bandar serta pusat universiti untuk
mengkaji dan meneroka Pertanian 4.0 dan daya cipta pertanian lain (pertanian pintar, penggunaan GPS untuk mengimbas tanah dan pengurusan data, hidroponik, bahan mentah alga, penggunaan teknologi dron, pertanian di laut,
kepelbagaian tanaman, dan lain-lain).

Dalam perkembangan lain, Anwar juga menyebut untuk menubuhkan pusat penyelidikan dan institusi bebas, yang berhubung langsung dengan industri pada aspek yang berbeza dalam Industri 4.0.

“Usaha sudah dimulakan untuk membuka ruang kepada bekalan kenderaan elektrik (EV) agar melabur di Malaysia – terbaru pelaburan sejumlah RM5 bilion untuk membangunkan kilang pengeluaran. Pembinaan infrastruktur untuk keperluan kenderaan elektrik dan kenderaan pandu sendiri juga akan dimulakan,” katanya.

Dalam dunia media, termasuklah media sosial dan media arus perdana, kebenaran, keadilan dan privasi haruslah
dihormati, di samping bebas daripada laporan tidak beretika, prasangka, dan campur tangan politik. Ini justeru memerlukan
penyuburan budaya hormat-menghormati, yang merupakan sendi kepada MADANI, tegas Anwar.

Sementara itu, Anwar juga menambah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan mekanisme baharu penilaian prestasi sektor awam iaitu Malaysian Government Performance Index (MyGPI) yang bertujuan menilai prestasi agensi sektor awam secara holistik.

“MyGPI melaksanakan penilaian dalam konteks pengurusan organisasi dan pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus
ke arah reformasi sektor awam serta menyumbang kepada peningkatan imej dan kedudukan negara di peringkat global, pemudahcaraan komuniti perniagaan dan kesejahteraan rakyat.

“Pencapaian agensi diukur melalui tadbir urus yang cekap mengambil kira aspek kepimpinan, pematuhan, inklusif, responsif, integriti dan ketelusan serta prestasi sektor awam yang dinamik, berkesan dan berpaksikan rakyat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat