Tak Perlu Kecamuk Dalam UMNO, Sampai Masa Pilihlah Pemimpin Yang Disukai – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekian lama bungkam Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersuara mengulas ribut melanda parti.

Menurut beliau tidak perlu membiarkan parti berkecamuk kerana apabila tiba masanya pilihlah pemimpin yang disukai.

“Ramai orang tertanya-tanya, mengapasaya membisu seribu bahasa.

“Bagi saya, biarlah ribut ni reda, saya tak mau menambah duka. Apa yang penting parti mesti di perkasa kerana PRU 15 kita nak jadi juara,” catat Mohamad di Facebooknya.

Katanya, apabila sampai masa pemilihan parti untuk dikota.

“Pilihlah nanti pemimpin kesukaan kita. Ketika itu tepuk dada tanyalah selera.

“Jika itu satu-satunya cara untuk tenangkan jiwa yang lara,” jelas beliau.

Mohamad memberitahu sekiranya kita berpecah ramai yang seronok.

“Kita berkecamuk ramai yang gembira. Ayuh kita cari mana yang elok, elakkan yang cela hilangkanlah lara.

“Susunlah langkah menuju hala.Pakat pakatlah untuk bertenang seia sekata.

“Jangan parti berkecamuk dan bergelora. PRU 15 mesti jadi keutamaan kita,” nasihat beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat