“Umno kalau masih sayang perjuangan, bantahlah persempadanan semula” – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Umno jika masih ada sekelumit rasa sayang kepada perjuangan memartabatkan agama dan bangsa, janganlah dijayakan agenda persempadanan semula kawasan Parlimen.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari meningatkan, masih ada ruang dan peluang untuk menyatakan bantahan kerana persempadanan dengan tujuan menambahkan kerusi ini akan memerlukan suara dua pertiga ahli Parlimen.

“Namun, jika kuasa dalam jangka masa pendek jadi keutamaan, silakanlah menjadi alas duduk kepada Pakatan Harapan.

“Sejarah akan mengenang ‘sumbangan’ ini untuk dipelajari oleh anak-anak kita suatu hari nanti,”katanya.

Tegas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, persempadanan semula kawasan Parlimen untuk pilihan raya merupakan kad terakhir kerajaan PH-BN untuk terus menang dalam pilihan raya umum.

“Mereka sedar dengan komposisi kedudukan kerusi seperti sekarang, sangat jelas dan terang kerusi yang akan dimenangi oleh gabungan PHBN ini akan lebih sedikit berbanding Perikatan Nasional(PN).

“Ia sudah terbukti dengan jelas di dalam pilihan raya negeri di enam buah negeri yang lepas, sepatutnya jika gabungan PH-BN diterima dengan baik oleh rakyat, mereka boleh menang dengan lebih selesa.

“Namun ia tidak berlaku demikian, gabungan ini semakin gagal utk menambahkan kerusi berbanding pilihan raya sebelumnya sekalipun PH dan BN telah bergabung,” katanya.

Tambah Fadhli lagi, senario ini jika dibiarkan dalam masa 4 tahun akan lebih teruk buat gabungan PH-BN. Justeru, persempadanan semula dengan memberikan lebih kerusi kepada mereka untuk menang dengan peluang yang lebih tinggi akan dilaksanakan.

“Saya ingin berpesan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen dari pihak kerajaan khususnya Umno, jika masih ada sekelumit rasa sayang kepada perjuangan memartabatkan agama dan bangsa, janganlah dijayakan agenda ini.

“Masih ada ruang dan peluang untuk menyatakan bantahan kerana persempadanan dengan tujuan menambahkan kerusi ini akan memerlukan suara dua pertiga Ahli Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat