Deputi Superintendan dituduh membunuh Zaharif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Ipoh pada Jumaat lalu, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.

Pertuduhan ke atas Mohd Nazri Abdul Razak, 44, pegawai bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan berpangkat deputi superintenden, dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau ipenjara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Di hadapan hadapan Majistret S Punitha, dia didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru antara jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu.

Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Kebangsaan Taman Jati Ipoh, Perak.

Tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Punitha kemudian menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia, lapor BH di Ipoh pada Isnin.

Pegawai polis itu kelihatan tenang sepanjang prosiding, namun abang mangsa, Zarul Fitri, 29, bagaimanapun tidak dapat menahan sebak ketika pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, J Geetha dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong.

Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi, dilaporkan akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen. Pada hari sama, pegawai kanan polis yang bertugas di Kedah ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat