DAP masih terbawa-bawa idealisme perkauman -Veteran Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – DAP dikatakan masih terbawa-bawa dengan idealisme lama apabila mengeluarkan desakan-desakan yang berbaur perkauman apabila seorang pemimpin DAP yang mengesyorkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan dengan memulakannya di Kuala Lumpur.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ia sama sepertimana yang disuarakan oleh veteran DAP sendiri, Tan Sri Lim Kit Siang mengenai Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

“Veteran Umno berharap kepemimpinan baharu DAP akan dapat membendung cara berfikir Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai ini.

“Jangan ada lagi sebarang usaha untuk membakar dan menyemarakkan rasa benci dan perkauman antara parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan. Jangan sampai desakan seperti itu boleh ditafsirkan sebagai mencabuli 3R (kaum, agama, raja) yang boleh membawa padah,” katanya pada Isnin.

Terdahulu, media melaporkan, Kok Wai semasa berucap dalam Konvensyen DAP Kuala Lumpur, hari ini mencadangkan supaya kerajaan memulakan pelaksanaan pilihan raya PBT di ibu negara.

Mustapha yang juga Pengerusi Veteran Umno Wilayah Persekutuan berkata, tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya PBT sepertimana dicadangkan oleh Kok Wai.

Jelasnya, struktur sedia ada di dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah cukup.

“Kita sudah ada wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihan raya bagi mewakili kesemua kawasan parlimen dalam Kuala Lumpur. Kita ada ahli majlis yang dilantik mewakili semua kaum untuk membantu Datuk Bandar. Jadi untuk apa perlukan pilihan raya lagi?

“Veteran UMNO faham hasrat DAP itu untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili oleh ahli-ahli yang mewakili kaum Cina, khususnya DAP,” katanya.

Tambahnya, jika pilihan raya tersebut diadakan, maka wakil-wakil masyarakat Cina akan menang dengan mudah di kawasan majoritinya.

“Sekiranya pilihan raya ini dibenarkan di Kuala Lumpur, maka nanti akan ada tuntutan untuk PBT di Pulau Pinang, Ipoh, Kelang, Melaka, Johor Bharu dan lain-lainnya,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat