PKPD Asrama Top Glove: Kira-kira 3,550 Pekerja Akan Jalani Saringan

SHAH ALAM: Kira-kira 3,550 pekerja yang tinggal di asrama pekerja Top Glove Meru, Klang akan menjalani ujian saringan COVID-19, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata 200 kakitangan pelbagai agensi antaranya polis, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Angkatan Tentera Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang akan bertugas sepanjang proses saringan tersebut.

“PKPD ini dibahagikan kepada dua sektor kawasan iaitu sektor A dan B dengan keluasan keseluruhan sektor terlibat adalah enam hektar (15.6 ekar),” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Zainal berkata sektor A melibatkan asrama pekerja wanita Top Glove dan kawasan perumahan sekitarnya meliputi Jalan Abadi 5 dan Jalan Abadi 1a Off Jalan Teratai, Meru, Klang.

Sektor B pula melibatkan asrama pekerja lelaki Top Glove dan kawasan perumahan sekitarnya meliputi Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Sesenduk 21 Off Jalan Teratai, katanya.

Pada Isnin, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD akan mula dikuatkuasakan di asrama pekerja Top Glove, Klang bermula semalam hingga 30 Nov.

Katanya, pelaksanaan PKPD di lokasi itu yang diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Isnin,
melibatkan pekerja kilang berkenaan yang menghuni asrama pekerja lelaki dan wanita serta penduduk di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

Sehingga Isnin, hasil saringan COVID-19 yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan di kawasan terbabit mendapati 215 kes positif COVID-19.

– BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...