KKM sasar kebolehjangkitan COVID-19 menurun bawah 0.5 – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 18 Nov  — Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R naught (RO) bawah 0.5 menerusi aktiviti kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu yang dilaporkan semalam iaitu 1,210 kes, meletakkan nilai kadar kebolehjangkitan negara antara 1.1 dan 0.9.

“KKM menyasarkan R naught atau kadar kebolehjangkitan bawah nilai 0.5 dengan mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam bagi mencegah dan mengawal jangkitan (COVID-19),” katanya menerusi Twitter rasminya hari ini.

Semalam, kes positif COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan angka empat digit dengan 1,210 lagi kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif dalam negara 49,730.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat