KFA Dakwa Pengurusan Lama Manipulasi Penyata Gaji Pemain

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...

Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian...

Pemberian vaksin pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM bermula hari Selasa

CYBERJAYA: Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh negara,...

Macau Scam: Addy Kanna, Alvin Goh ditahan dua tahun

KUALA LUMPUR - Suspek utama sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong...

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mendakwa pengurusan lama badan induk itu sebelum ini melakukan manipulasi ke atas penyata gaji pemain skuad Lang Merah sehingga ia berhutang hampir RM5 juta dengan dua badan berkanun.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihak terbabit dipercayai membuat dua penyata gaji pemain dengan pertama membabitkan kadar lebih rendah yang diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, penyata gaji sebenar atau kedua yang diberi kepada pemain kemudian akan turut menyatakan potongan LHDN dan caruman KWSP yang dibayar KFA selaku majikan kepada dua badan berkanun terbabit.

“Saya difahamkan dibuat dua penyata gaji (pemain), penyata gaji lebih rendah diberi kepada badan berkanun dan penyata sebenar diberi kepada pemain.

“Bagaimanapun, KFA pada waktu itu didapati gagal bayar potongan selepas pemain pergi ke pejabat badan berkanun terbabit dan tunjuk penyata sebenar terdapat potongan dibuat,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Terdahulu ketika sesi soal jawab, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad mendedahkan KFA berhutang kira-kira RM16 juta dan pengurusan baharu sudah membayar RM6 juta.

Beliau yang juga Setiausaha Kehormat KFA berkata, berikutan itu kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan berlaku pecah amanah dan salah tadbir urus dalam persatuan terbabit sebelum ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, laporan berkaitan manipulasi dalam penyata gaji terbabit sudah dibuat kepada LHDN dan KWSP serta tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pengurusan lama KFA.

“LHDN dan KWSP ada undang-undang sendiri dan boleh ambil tindakan ke atas orang yang bertanggungjawab dan jadi majikan pada masa itu. Akibatnya (dua penyata gaji) KFA kini berhutang dan terpaksa bayar hampir RM5 juta kepada badan berkanun terbabit,” katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris ketika dihubungi, memaklumkan akan mengadakan sidang media esok bagi menjawab kemelut pengurusan KFA terdahulu yang ditimbulkan pada sidang DUN Kedah itu.

Katanya, segala maklumbalas berhubung isu kewangan, logo, jersi dan wang sumbangan tabung Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan dijawab pada sidang media selepas sidang DUN esok – Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Kelantan Saman Penyokong

KUALA LUMPUR: Sudah puas bersabar dengan segala tuduhan dan tohmahan di media sosial akhirnya pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa...

Keputusan Liga Perdana Inggeris

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris: Leicester 1 (Barnes 86) Fulham 2 (Lookman 30, Cavaleiro 38-pen) West Ham 2 (Ogbonna 2, Bowen 46) Aston Villa 1...

Doktor Maradona Disiasat

Buenos Aires: Doktor Diego Maradona disiasat di atas melakukan pembunuhan secara tidak sengaja empat hari selepas legenda Argentina itu meninggalkan dunia akibat serangan jantung. Polis...