660 Kes Baru Covid, 630 Pesakit Pulih Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia mencatatkan sebanyak 660 kes baharu pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah sebanyak 50,390 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,814 kes.

Dr Noor Hisham juga memberitahu Malaysia mencatatkan jumlah 630 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 37,254 kes.

“Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 322 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian pada Rabu.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan lapan kluster baharu dilaporkan pada Rabu melibatkan tiga di Sabah iaitu kluster Sabaru, kluster Tomher dan kluster Garden.

Lima lagi kluster ialah kluster Putra-18 (Putrajaya dan Sepang), kluster Murni (Cheras dan Kepong), kluster Seri Pasir (Timur Laut Pulau Pinang), kluster Besi Demak (Kuching, Sarawak) dan kluster Parit Kassan (Tangkak, Johor dan Melaka Tengah).

“KKM ingin memaklumkan bahawa tiga kluster diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu kluster Kencana, kluster Bah Sintok dan kluster Seri Anggerik,” katanya lagi.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebagai kesiapsiagaan lanjut bagi menampung kemasukan pesakit susulan lonjakan kes positif COVID-19 di negeri-negeri Lembah Klang, KKM telah mengambil langkah-langkah menambah 630 buah katil di Hospital Sungai Buloh.

Selain itu, KKM turut jumlah katil rawatan COVID-19 sedia ada di HKL (831 buah katil); menukar status Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) kepada hospital hibrid COVID-19 dengan 230 buah katil COVID-19.

KKM juga telah membuka semula lapan blok Institut Latihan KKM (ILKKM) Sg Buloh sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah dengan kapasiti 2,400 buah katil dan meneruskan penggunaan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah dengan kapasiti semasa 648 buah katil. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat