RM23 juta diperuntuk kepada anak autism, inisiatif baharu kerajaan – Nancy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Bantuan Pendidikan Kanak Kanak Autism dan sokongan kepada ibu bapa buat julung kalinya diangkat dalam Belanjawan 2025.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Nancy Shukri berkata cadangan yang dibentangkan dalam mesyuarat kabinet sebelum ini telah diluluskan dan menunjukkan langkah positif kerajaan kepada kebajikan golongan berkenaan.

“Kita berterima kasih kerana baru minggu lepas kabinet meeting minggu lepas saya menyuarakannya dan alhamdulillah mendapat RM23 juta bantuan yuran pembelajaran RM30,000 anak autism bagi meringankan beban ibu bapa yang layak RM15 juta dan membangunkan pusat perkhidmatan autism RM5 juta dan selanjutnya peningkatan kadar wang saku kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu RM3 juta.

“Selain itu, kita ada juga peruntukan kebajikan warga emas merangkumi RM1 bilion iaitu meliputi wang saku institusi warga emas, bantuan sosial ekonomi warga emas dan pusat aktiviti warga emas dan juga unit penyayang warga emas dan geran operasi institusi warga emas kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) ada RM20 juta,” katanya padA sidang media di Parlimen hari ini.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat