PLKN 3.0 mula tahun depan, peruntukan RM50 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu melibatkan peruntukan RM50 juta kepada
Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi lepasan kadet sekolah.

Belanjawan 2025 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.

“Manakala Program Rakan Muda diperuntukkan RM25 juta untuk terus menjadi wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.

“Selain itu, Skim Step Up Financing diperkenalkan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sebagai jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion khusus untuk golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama.

“Skim ini menawarkan kemudahan bayaran balik pinjaman yang lebih rendah bagi tempoh 5 tahun pertama,” katanya di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar merangkap Menteri Kewangan mengumumkan, kerajaan melalui TalentCorp menyediakan Geran Padanan RM10 juta di bawah Program Latihan Industri Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (LiKES) bagi membolehkan syarikat melatih mahasiswa dalam bidang STEM menerusi latihan industri.

“Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan RM20 juta untuk terus menggalakkan generasi belia menceburi bidang
perniagaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat