AS perlu bertanggungjawab kegilaan Israel – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat juga perlu bertanggungjawab terhadap kegilaan rejim apartheid Zionis membunuh nyawa insan yang tidak berdosa kerana sentiasa berada di belakang Israel untuk bertindak ke atas Palestin.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendesak seluruh dunia mengambil tindakan tegas terhadap Israel yang telah hilang perikemanusiaan apabila mengebom Hospital Al-Ahli al-Arab di tengah Gaza sehingga menyebabkan 500 orang terbunuh.

“Tindakan tidak berperikemanusiaan rejim apartheid Zionis ini harus dihentikan segera bagi mengelakkan tragedi yang lebih buruk dalam sejarah dunia.

“Negara-negara Islam perlu bersatu dan mengambil tindakan yang lebih tegas dalam membela serta mempertahankan rakyat Palestin yang sedang dibunuh secara beramai-ramai,” gesa beliau pada Rabu.

Harus ditegaskan sekali lagi, Ismail Sabri berkata, konflik yang berlaku ini adalah berpunca daripada sejarah panjang bagaimana Israel secara sistematik menzalimi, membunuh dan merampas tanah rakyat Palestin.

“Saya mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza sentiasa di lindungi Allah SWT dan terus berjuang untuk mempertahankan tanah air sendiri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat