Otai Reformasi Gesa Pegelola Bijaya Diraja Siasat Isu Surat Sokong Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Badan Bukan Kerajaan (NGO), Otai Reformasi menggesa Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menyiasat isu surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa ‘bocor’.

“Otai Reformis mengambil berat terhadap perkara diatas dan mohon Datuk Pengelola Bijaya Istana segera siasat sekiranya benar ada kakitangan Istana yang membocorkan surat-surat (berkenaan).

“Ini sesuatu yang sangat mendukacitakan rakyat yang mengikut perkembangan PM9 ini. Integriti pihak Istana mula dipertikaikan rakyat sekiranya ianya benar-benar berlaku.

“Otai sedang menyediakan memorandum berkaitan isu ini akan mengaturkan temujanji untuk menyerahkannya kepada pihak Istana dalam masa terdekat,” kata Setiausaha Otai Reformasi, Abdul Razak Ismail.

Terdahulu, beberapa salinan surat yang menyokong Anwar dan didakwa ditandatangani Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak telah viral di media sosial.

Turut viral surat Anwar kepada Yang Dipertuan Agong yang mendakwa beliau memiliki sokongan daripada 131 Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Setiausaha Kerja UMNO, Dato’ Mohd Sumali Reduan, menegaskan Presiden Ahmad Zahid tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri Ke-9.

“Merujuk kepada surat yang tular di media sosial berkenaan sokongan Presiden UMNO kepada salah seorang pemimpin Parti Pembangkang sebagai Perdana Menteri ke 9. Di sini saya ingin menegaskan bahawa Pejabat Presiden UMNO tidak pernah mengeluarkan surat ini,” katanya.

Menurut Sumali lagi, penyebaran surat berkenaan sangat melampau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan berniat jahat bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat