Ibrahimovic Jelas Berbisa

- Advertisement -

MILAN: Zlatan Ibrahimovic meledak dua gol dalam perlawanan pertamanya selepas kembali berikutan jangkitan COVID-19 ketika AC Milan menewaskan tetangganya, Inter Milan 2-1 seterusnya naik ke kedudukan pertama Serie A selepas Atalanta tewas 4-1 di tangan Napoli.

Namun juara bertahan, Juventus, yang beraksi tanpa Cristiano Ronaldo yang menjalani kuarantin diikat 1-1 oleh pasukan baharu naik taraf, Crotone dengan mata pertama mereka musim ini mengangkat skuad dari selatan itu keluar dari kedudukan terbawah liga.

“Saya sangat lapar dan ia sudah ditunjukkan,” kata Ibrahimovic yang mencipta dua gol dalam perlawanan itu.

“Mereka mengurung haiwan yang salah di rumah selama dua minggu.

“Bukanlah mudah secara mental untuk sentiasa berada di rumah selepas saingan yang sengit, badan menggigil kerana ia mahu bekerja, ia mahu bermain.

“Saya hilang sedikit selera, tapi saya perlu melakukan ujian setiap tiga hari dan tiada siapa boleh menghalang saya bermain saingan tetangga itu.

“Pertembungan berdepan jiran ini sangat penting, AC Milan tidak menang selama empat tahun.” – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat