ATM Bantu Tangani Penularan COVID-19 Di Penjara Pokok Sena

Macron Sasar Golongan Radikal, Bukan Umat Islam – Kedutaan Perancis

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis di Malaysia menjelaskan bahawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di negara itu, sebaliknya menentang ideologi Islamisme radikal...

‘Hukuman PBNP Melucukan’ – Sumareh

Kuala Lumpur: "Ini perkara yang melucukan. Itu reaksi Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh selepas mendapat perkhabaran bahawa bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang...

Takkan Tak Faham?

Johor Bahru: "Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM)," tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merogol anak tiri berdiam diri sehingga...

Thailand Terima Kemasukan Pelancong Kapal Persiaran, Kapal Layar

BANGKOK: Kabinet Thailand pada Rabu meluluskan kemasukan penumpang kapal persiaran dan kapal layar luar memasuki negara itu, dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang...

Ahmad Faizal Tak Percaya UMNO Perak Berkomplot Dengan Pembangkang

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu enggan mempercayai dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu...

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menubuhkan Pusat Rawatan Sementara atau Makeshift Treatment Center (MTC) dalam Penjara Pokok Sena, Kedah bagi membendung penularan COVID-19.

Markas Kedua Divisyen Infantri dalam kenyataan malam ini memaklumkan Pasukan B Komp 2 Bn Ubat diatur gerak bagi membantu Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan akan beroperasi pada 20 Okt.

“Pusat ini didirikan bagi memberi rawatan kepada tahanan yang mempunyai jangkitan COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Pasukan perubatan itu diketuai Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Perubatan Tentera Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel (Dr) Mohd Arshil Moideen, Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan 2 Div, Leftenan Kolonel (Dr) Faira Rosmarina Mohd Rustam dan Pegawai Pemerintah B Komp 2 Bn Ubat Kapten (Dr) Muhammad Asyraf Khairul Hasni.

Pegawai Kementerian Kesihatan Putrajaya turut ditugaskan memberi nasihat teknikal untuk mendirikan pusat rawatan tersebut.

Menurut kenyataan itu, dua pegawai perubatan, lima paramedik dan dua anggota semboyan pasukan akan diatur gerak sepanjang pengoperasian pusat rawatan tersebut.

“B Komp 2 Bn Ubat telah mengaturgerakkan aset logistik iaitu khemah yang akan digunakan sebagai wad ICU, pusat nyah kuman, ‘donning and doffing station’, khemah pengurusan sisa klinikal, makmal, bilik gerakan dan sistem pancuran untuk petugas serta set generator,” menurut kenyataan itu.

Atur gerak aset dan pegawai serta anggota tentera bagi misi ini akan diletak di bawah pemantauan Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan