Tauke cuma mahu habiskan jualan, pemimpin fikir masalah rakyat tak cukup beras – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh tampil memperjelas persepsi kononnya beliau mendiskriminasi warga asing
dalam soal beras tempatan yang disubsidi oleh kerajaan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka itu menyatakan cadangan beliau bukan berniat mendiskriminasi sebaliknya mengutamakan warganegara.

“Ini bukan soal diskriminasi, ini soal keutamaan perlu diberikan pada warganegara. Ketika beras tempatan berkurangan,seharusnya keutamaan perlu diberikan pada warganegara sendiri.

“Betul pekerja asing pun bukan kaya raya,tetapi berbanding dengan komitmen mereka dengan rakyat Malaysia jauh berbeza.
Mereka tinggal rumah sewa ramai-ramai,makan pun secara berjemaah,tiada perlu untuk membayar pinjaman kereta, pinjaman rumah,anak sekolah dan lain-laim lagi.

“Jika beras tempatan ini berlambak di pasaran tiada masalah,tetapi hari ni nak beli pun susah malah kita terpaksa berebut dengan mereka pula,” katanya.

Dr Akmal membidas, tauke besar hanya memikirkan keuntungan dan yang paling penting barang mereka habis dijual kepada sesiapa sahaja,tetapi pemimpin memikirkan masalah sebenar rakyat di bawah ini.

“Bukan satu penyelesaian yang panjang,tetapi sekurangnya boleh mengurangkan bebanan awal ketika krisis ini berlaku,” tegas beliau.

Dr Akmal berkata demikian sebagai maklum balas kepada taikun perniagaan Datuk Ameer Ali Mydin mengecam saranan beliau agar beras tempatan hanya dijual kepada warga Malaysia di tengah-tengah kenaikan harga makanan ruji itu susulan kekurangan bekalan di pasaran domestik.

Pemilik pasaraya Mydin itu berkata cadangan Akmal tidak akan menangani masalah yang dihadapi.

Sebaliknya, beliau berkata, ia akan merumitkan operasi dan menambah beban kerja bagi pekerja di pasar raya dan kedai runcit yang perlu menyemak setiap kali pembelian dibuat

“Dari segi operasi memang susah tak praktikal langsung,” kata Ameer, yang sebelum ini mengkritik kerajaan berhubung perkara itu.

“Takkan pekerja kaunter nak minta pasport, kad pengenalan, ini kerja imigresen.

“Lagi satu barang subsidi ini bukan hanya beras sahaja tapi telur ada, tol pun subsidi juga. Jadi jangan kita tengok bila ada masalah dan kerajaan tak dapat nak atasi kemudian susahkan rakyat.”

Akmal berkata pada 14 September rakyat tempatan perlu diutamakan berbanding warga asing dalam soal beras tempatan yang disubsidi oleh kerajaan.

“Jika kementerian (pertanian dan keterjaminan makanan) tidak boleh membenarkan untuk seluruh Malaysia, sekurangnya dibenarkan dalam Melaka sahaja,” katanya.

Kenaikan harga beras import yang diumumkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 1 September daripada RM2,350 kepada RM3,200 satu tan metrik menyebabkan bekalan beras tempatan semakin berkurangan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat