STPM 2021 Rekod Keputusan Lebih Baik, 874 Calon Dapat PNGK 4.0

- Advertisement -

SELAYANG – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.79, meningkat 0.01 mata berbanding 2.78 pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata seramai 874 (2.14 peratus) calon memperoleh PNGK 4.0 dengan 584 (66.82 peratus) daripada mereka adalah B40.

“PNGK 4.0 meningkat sebanyak 133 calon iaitu daripada 741 calon pada 2020 kepada 874 calon STPM tahun lalu.

“Namun, pencapaian calon STPM 2021 secara keseluruhannya dianggap masih sama dengan pencapaian tahun sebelumnya kerana perbezaan kecil iaitu 0.01 mata,” katanya pada sidang media Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2021, hari ini.

Beliau berkata perbezaan ini tidak melambangkan signifikan besar kepada pencapaian calon STPM 2021 berbanding tahun sebelumnya.

“Peningkatan peratusan longgokan calon STPM 2021 pada PNGK 3.75 dan ke atas (9.04 peratus); PNGK 3.00 dan ke atas (41.72 peratus); PNGK 2.75 dan ke atas (55.85 peratus) dan PNGK 2.00 (88.24 peratus) adalah meningkat berbanding 2020,” katanya.

Katanya, perbandingan PNGK keseluruhan antara calon bandar dan luar bandar sejak 2013 buat julung kalinya tiada jurang perbezaan dan keduanya memperoleh PNGK 2.79 dalam STPM 2021.

“Ketiadaan jurang perbezaan ini adah kerana calon memiliki masa yang lebih bagi mengulang kaji pelajaran secara dalam talian dan secara bersemuka.

“Peningkatan peratusan bilangan calon pada PNGK ini dijangkakan tiada halangan lebih ramai calon lepasan STPM 2021 diterima masuk ke universiti awam pada tahun ini.

“PNGK calon dalam suatu peperiksaan STPM dihitung berdasarkan purara nilai gred empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am,” katanya.

Seramai 42,369 calon mendaftar untuk menduduki STPM 2021, dengan (96.59 peratus) hadir mendudukinya, menurun sebanyak 2,335 calon (5.22 peratus) berbanding 44,704 calon daftar dalam STPM 2020.

Mengulas lanjut, beliau berkata bilangan calon mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran diambil bertambah daripada 23 calon pada 2020 kepada 36 calon dalam STPM 2021.

“Pertambahan ini adalah 13 calon (56.52 peratus) berbanding tahun sebelumnya. Daripada 36 calon mendapat 5A, seramai 21 daripadanya adalah calon kategori B40.

“Calon mendapat 4A bagi STPM 2021 bertambah daripada 744 calon kepada 860 calon dan 579 daripadanya adalah calon kategori B40,” katanya.

Secara keseluruhan, peratusan calon STPM yang lulus penuh dalam lima dan empat mara pelajaran berbanding tahun sebelumnya adalah meningkat sebanyak 0.73 peratus iaitu daripada 72.97 peratus pada 2020 kepada 73.70 peratus bagi 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat